Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) mengendalikan kursus bagi pelajar-pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) melalui kursus Kemahiran Belajar (GKB1053) manakala bagi pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) jabatan ini mengendalikan kursus elektif terbuka melalui penawaran kursus Penerbitan Video (PVPS 3013). Selaras dengan hala tuju Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman bagi menghasilkan guru yang kompeten, pengajaran pensyarah melalui pendekatan ciri-ciri pendidik abad ke-21. Pendekatan 4C’s ; Komunikasi (Comunication), Kreatif (Creativity), Kolaborasi (Collaboration) dan Pemikiran kritikal (Critical thinking) menjadi wadah berterusan penyampaian pengalaman pembelajaran kepada pelajar. Bagi memastikan pendekatan pedagogi pembelajaran abad ke 21 ini berlaku, jabatan ini dipertanggungjawabkan menyelaras kewujudan dan fungsi bilik PAK21 Ipgk Darulaman.

Fungsi Jabatan
1. Memastikan perlaksanaan kurikulum Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) Pendidikan Rendah dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Rendah seperti yang ditetapkan oleh pentadbiran IPGK Darulaman (IPGKDA)
2. Melaksanakan kursus-kursus yang berkaitan dengan komputer seperti Pakej perisian aplikasi, Penyelenggaraan komputer, Internet dan rangkaian, Multimedia dalam Pendidikan dan lain-lain kepada pensyarah dan staf sokongan IPGKDA, Guru-guru sekolah dan sebagainya dalam kalangan warga pendidikan
3. Bekerjasama dengan sedaya upaya menjayakan program Institut Pendidikan Guru Malaysia, Bahagian-bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri berdasarkan ketetapan oleh IPGKDA.
4. Memberikan kerjasama sepenuhnya serta berusaha untuk menyokong hala tuju pembangunan bidang kebitaraan Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.